Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
"ISLAM ITU NYAWA JASADKU,
SEMANGAT MEMPERJUANGKANNYA MENGATASI SEGALA SESUATU KEPENTINGAN HIDUPKU...,
TADHIYAHKU UNTUKNYA MENGATASI KESEDIHAN DAN KEPAYAHAN HIDUP..,
SEHINGGA KEPERITAN DAN RINTANGAN BAGAIKAN TIDAK WUJUD...,
BAHKAN MENJADI SANTAPAN IMAN YANG SANGAT LAZAT...,
BERJUANG MEMPERTAHANKANNYA BAGAIKAN MEMELIHARA PERMATA TERCINTA..., TIDAK DAPAT DIBELI WALAUPUN DENGAN SEGUNUNG EMAS.....,
SETINGGI PUJIAN MAHUPUN PENGHORMATAN...,
SUNGGUH TIDAKKANKU GADAINYA KERANA YANG FANA...,
BAHKAN KECAMAN DAN UGUTAN MANUSIA SANGATKU CINTAI...,
KERANA IA MENAMBAH KEAKRABANKU DENGAN SANG PENCIPTA...,
SUNGGUH RUGI MEREKA YANG LEMAH...,
MENGHARAP REDHA MEREKA YNAG JAHIL....,
SEHINGGA TERGADAI IMAN KERANA KASIH YANG SEDIKIT...,
SEDANG SAYANGNYA ALLAH PADA HAMBANYA YANG MEMBENARKAN JANJINYA....,
MELIMPAH RUAH....,
PENGAMPUNANNYA MEMENUHI ISI LANGIT DAN BUMI...,
NIKMAT TAUFIQ HIDAYAHNYA MENGATASI BANTUAN TANGAN2 MAKHLUK YANG LEMAH.....,"
Subhanallah....begitu bermakna sekali bait2 kalam yang pernah diungkapkan oleh seorang murabbi...yang menyedarkan kita bahawa....perjuangan islam itu ibarat memegang bara api...jika digenggam ianya sakit....jika dilepaskan ia akan padam....namun...disebalik keperitan,kepayahan dan kesusahan itu...terselit mutiara-mutiara indah dan kenikmatan yang tidak terhingga...yang hanya mampu dirasai oleh hamba-hambaNYa yang senantiasa tidak putus2 bergantung harap padaNYa....untuk mempertahankan kalimah LAILAHAILLALLAH...kerna ia sedar dan yakin pada janji-janjiNYA.....sebagaimana firman Allah S.W.T :
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Oleh itu wahai sahabiah sekalian..samalah kita menginfakkan diri dan berintima' didalam perjuangan islam....walaupun kita tidak mampu untuk memikul senjata seperti saudara kita di Palestin.... namun, kita mampu untuk berjihad sama ada melalui mata pena mahupun lisan....