BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 3 Oktober 2011

hudud..

Akhir-akhir ini,isu hudud digembar-gemburkan kembali.Ada yang mengatakan,ini merupakan petunjuk menandakan PRU 13 semakin hampir.Bahangnya mula terasa,panasnya semakin menggamit rasa.Ada yang menyetujui agar hudud dilaksanakan,ada pula yang membangkang.masing-masing dengan alasan tersendiri.

"Relevan lagi ke hudud dengan zaman sekarang?Kita kan dah abad ke 21,mana ada lagi main potong tangan macam ni."

"Alhamdulillah,sukenya ana kalau dilaksanakan hudud.Apa yang Islam aturkan tu memang sesuai sangat"
"Kejamnya Islam,sampai begitu sekali dia dera umatnya.."

"Bagus la tu,baru takde yang mencuri lepas ni"
"Tolong la fikir kemaslahatan bersama.Macam mana pencuri tu nak hidup lepas ni kalau kita potong tangan dia??"

Pro dan kontra silih bermain dibibir masyarakat.Mereka menghukum berdasarkan apa yang mereka tahu.Namun,sejauhmana kita mengkaji sebelum kita sewenang-wenangnya memperkatakannya?? Apakah telah diperhalusi pengertian dan ruang lingkup hudud itu sendiri?Sudahkah diteliti hikmah disebaliknya?

 

Zainah Anwar,pengasas Sister In Islam semakin lantang menentang hukum hudud.Kononnya dialah yang membela hak wanita..

 * Hukum rejam pada penzina tak sempurna dan tidak adil pada wanita yang kena rogol.

*Apa kata kalau selepas pencuri yang dipotong tangannya kemudiannya dengan pantas ambil tangan dan terbang ke KL dan doktor sambung balik tangannya.

*Bagaimana pulak jika seorang Muslim seorang India dan seorang Cina sama-sama bersepakat mencuri dan tertangkap. Si Muslim akan berakhir dengan tangannya terpotong dan akan gelap hidupnya dan si Cina dan juga India pulak akan selamat dengan hukuman yang ringan dan mampu bekerja semula selepas itu tanpa rintangan.


*Apa kata seorang wanita yang tak kahwin, tetiba mengandung kerana di rogol, Sudah tentu dia akan dihukum zina sedangkan dia dirogol.

*Kenapa orang bukan Islam perlu diam dan tak layak komen tentang hudud sedangkan dia berjiran dengan mereka yang dikenakan undang-undang yang kejam.

 Lihatlah ancaman-ancaman yang mengucar-ngacirkan fikrah umat Islam.Justeru,peranan kitalah mencari dan menggali serta melumatkan diri dengan isu-isu semasa agar mampu membimbing masyarakat kejalan yang lurus.Nilailah kembali sejauhmana usaha diri mencari dan menelaah bahan ilmiah untuk menambah tsaqafah mu'asoroh dan turasi serta pelbagai ilmu-ilmu yang berharga..



0 ulasan: