DenGaN NaMa ALLAH YaNG MAHA PEMURAH LaGi MAHA PENYAYANG
Selawat dan Salam buat junjungan besar NABI MUHAMMAD S.A.W, serta kaum kerabat Baginda, para sahabat dan para pejuang pemegang panji ISLAM.....
Alhamdulillah..pertama2 dan selama2nya..marilh sama2 kita panjatkn Syukur pd ILAHI.. krn rahmat,taufiq dan hidayahNYa...kita masih lg dberi nafas2 segar..utk trus mngecapi hdup nan sementara di dunia fana ini,.lebih2 lagi kita yang berada dalam saf yang terpilih,yang dberi peluang oleh ALLAH utk menegakkan kalimatul hak,..alhamdulillah....
Tidak dinafikan, dalam perjuangan kita menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini juga, kita takkan pernah berhenti daripada menerima pelbagai ujian dan cabaran...Syaitan juga takkan pernah berhenti menyelewengkan hati-hati kita daripada kebenaran...Selangkah kita bergerak melalui jalan dakwah ini, bukan bermakna kita sudah dijamin untuk berada di dalam syurgaNya yang abadi. Tak mustahil juga, selangkah kita berada dalam medan ini, beberapa langkah kita mendekati kemurkaanNya, juga nerakaNya. Berapa ramai abid dan daie yang akhirnya memusnahkan diri mereka sendiri akibat perbuatan mereka. Maka, sebagai insan yang sering alpa dan tidak lari dr melakukan kekhilafan.., marilah kita sama-sama duduk sebentar dan muhasabah diri kita....
Apakah kita betul2 ikhlas berjuang hanya KERANANYA????
Apakah kita beriltizam dgn gerakan islam krn kesedaran dan keimanan nan teguh terhadap SANG
PENCIPTA???Soalan yang hanya hati kita dan Allah sahaja yang tahu jawapannya. Luaran kita mungkin serupa, adab pergaulan sesama Muslim, adab perpakaian, gaya percakapan dan tulisan, malah ibadah-ibadah harian kita juga mungkin serupa. Cuma yang membezakan darjat kita di sisiNya adalah taqwa dalam hati kita.
Abu Musa al Asy'ari ada menceritakan...
Seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah saw,dia berkata : org yg berperang kerana mahukan harta rampasan,orang yang berperang kerana hanya mahu disebut orang, berperang kerana riya',maka siapakah yang dikira berperang pada jalan Allah?
Sabda Rasulullah SAW : sesiapa yang berperang supaya 'kalimatullah' itu menjadi tinggi,maka dialah yang berperang dijalan Allah...
Siapakah kita????...tepuk dada tanya iman kita... masih belum terlambat untuk kita mentajdidkan nawaitu kita.. masih ada ruang utk kite kembali pada YANG MAHA ESA..Jangan kecewa apabila tersilap langkah..tapi... bersyukurlah…
Kerana sesungguhnya Allah telah menyelamatkan kita dari kelalaian ini...
Sakitnya mengetahui hakikat diri dan amalan yang mungkin rosak akibat niat-niat buruk kita, namun syukurlah masih diberi peluang untuk tersedar kembali dari kesilapan silam.
Sekuarng-kurangnya, sakit dan penyesalan yang dirasakan hari ini, tidak selewat penyesalan di mahsyar kelak.Perjuangan islam mestilah ikhlas dan mempunyai niat yang sebenar kerana Allah,menuntut keredhaaNYA dgn menegakkan agamaNYA sehingga didaulatkan...FiRMan Allah SWT :-
وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفآء ويقيموا الصلوة ويؤتوا الزكوة وذالك دين القيمة
(Surah ALBayyinah : 5)
Dan tidaklah diperintahkan kepada mereka melainkan dengan mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus.
Maka,marilah selamatkan hati-hati kita, selamatkan amalan-amalan pada umur kita yang berbaki entah berapa minit dan hari jua lagi ini, kita betulkan kembali niat kita....dalam setiap perkara..moga2 Allah menerima segala amal kita..Kunci utamanya, jujur pada diri sendiri. Tiada siapa yang mampu menyelamatkan hati kita melainkan pemiliknya sendiri yang lebih mengetahui kondisi hati masing-masing.
Sama2 kita belajar membezakan perjuangan dengan iman, juga perjuangan dengan semangat.InsyaAllah...
Ya Allah, selamatkanlah hati-hati kami.
Peliharalah kesucian amal-amal kami.
Lindungi kami daripada amalan yang tidak diterima, ilmu yang tidak bermanfaat, masa yang terbazir dengan sia-sia.
Amin…Wallahuallam...
0 ulasan:
Catat Ulasan