BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 8 November 2010

di mana nilai agama...

Terkadang,telinga terpaksa menjadi pendengar kepada perkara yang memualkan,mata terpaksa menatap fenomena umat yang semakin mencelarukan,mulut terpaksa berbicara perihal yang memeritkan.

Keruntuhan akhlak!!

Kalau dulu,anak-anak sentiasa dididik dengan adab ketimuran yang tinggi,lebih tepat lagi berlandaskan ajaran Islam itu sendiri..


"Angah,keluar rumah tu pakai tudung ye.Nanti berdosa kalau nampak rambut.."

"Adek,cakap dengan makcik tu elok-elok.Yang muda kan kena hormat yang tua.."

"Em,Ahmad pergi sekolah belajar rajin-rajin tau.Dengar cakap cikgu,jangan nakal,nanti cikgu marah tak berkat ilmu.."

Namun,selaras dengan era moden yang semakin mengkehadapankan barat sebagai role model,agama ditolak ke tepi.Lantas hedonisme mula mengambil tempatnya.Lahirlah pemuda-pemudi yang diselaputi akalnya dengan kelazatan dunia..


 penghinaan terhadap Islam semakin menjadi-jadi

 couple-barah yg amat kritikal



Dimana harus kucari pembela Islam
Dimana dapat kutemui pengimarah dunia
Dimana perlu kugali permata berharga
Ayuh bangkitlah wahai pembela agama 
Binalah kembali tamadun Islam
Teguhkan hati bina perbadi
Gerakkan reformasi 
Berpaksikan agama yang suci
Biar kembali terserlah sinar Islam
Agar muncul semula fatayat terbilang
Serta lahirnya syabab cemerlang
Moga Islam kembali dijulang



"Dan hendaklah ada segolongan daripada kamu yang menyeru kepada kebaikan,menyuruh kepada yang maaruf,dan mencegah daripada kemungkaran.."
 

0 ulasan: