BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 12 Februari 2011

tRaNsFoRmAsi DuNiA IsLaM

Melihat fenomena sekarang,keadaan dunia semakin getir.Kebangkitan umat Islam mula kelihatan terutama di negara-negara Timur Tengah seperti Tunisia,Mesir dan lain-lain.Mereka berjuang sedaya-upaya bagi memastikan negara mereka bebas dari belenggu yang selama ini membelit kehidupan mereka.Mesir contohnya,setelah 30 tahun berada di bawah pemerintahan kuku besi Husni Mubarak,akhirnya rakyat mula menuntut hak mereka.Berjuta rakyat menyertai demonstrasi bagi menumbangkan presiden negara tersebut.Ada juga yang terpaksa membayar dengan harga yang mahal iaitu nyawa mereka bagi memastikan keadilan kembali tertegak di Ardhul Kinanah.Ahh,tinggi sekali semangat juang mereka.Apakah mampu kita menjadi seperti mereka..Mengorbankan diri agar daulah islamiah kembali tertegak.. 

Kita dapat melihat antara golongan yang turut bangkit ialah barisan syabab yang penuh bersemangat..Ya!!Itulah hakikatnya.Mereka yang hampir seusia dengan kita,turut bangkit untuk tanah air tercinta. Bagaimana pula dengan kita sendiri?Sudahkah kita bangkit demi agama tercinta?? 


"Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda beriman kepada Tuhan mereka,dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka" (Al-Kahfi:13)

Aura Islam semakin terasa di seluruh dunia.Semakin hari,manusia semakin celik dengan apa yang mereka perlukan sebenarnya.Moga aura Islam dalam diri kita juga turut bangkit.Bangkit dalam erti kata kita sentiasa mengislah diri agar lebih baik dari sebelumnya.Mengejar keredhaan Allah,menjadi mar'ah solehah yang darjatnya lebih baik dari dunia dan segala isinya.Ambillah bahang semangat mereka,sematkan dalam diri kita supaya kita mampu memanfaatkan masa yang ada sebaiknya.

Syair Abu Ali Addaqaq:

"Hari demi hari berlalu,

Pergi membawa umurku,
Hatiku amat merasai pilu,
Demi masa hari tetap berlalu.."

Ingatlah selalu bahawa masa itu sentiasa pergi.Semakin lama ia semakin jauh meninggalkan kita.

Berkata Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin:

Masa itu terbahagi kepada 3 bahagian,
  
* Masa yang berlalu-seorang hamba jangan mengkeji.Biarpun dalam 
  masa itu dia berada dalam kepayahan atau kesenangan 

* Masa akan datang belum kunjung tiba-Tidak seorang hamba pun 
 tahu,apakah ia akan terus hidup atau akan mati? Tidak seorang
 pun tahu qada' di Allah masa itu!  

* Masa sekarang-perlu manusia berusaha mengingati Allah.. 

 
 

0 ulasan: