BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Memaparkan catatan dengan label min syauqatulwardah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label min syauqatulwardah. Papar semua catatan

Selasa, 22 Mac 2011

Amal Untuk meraih Cinta Allah SWT

Bismillah,Walhamdulillah........

Hasan Al-Basri rahimahullah berkata:
Para sahabat Nabi SAW berkata: " Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami amat mencintai Allah SWT. " Kemudian Allah SWT mahu menjadikan tanda yang menunjukkan kecintaan kepada-Nya. Dengan itu Allah SWT menurunkan ayat berikut yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mencintai Allah SWT maka ikutilah aku. Nescaya Allah SWT mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Dari Abu Hurairah RA katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Sesungguhnya Allah SWT berfirman: " Barangsiapa memusuhi kekasih-Ku, maka Aku memberitahu kepadanya bahawa dia akan Aku perangi. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang amat Aku cintai lebih daripada apabila dia melakukan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dan melakukan perkara sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah telinganya yang dia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang dia gunakan untuk melihat, Akulah tangannya yang dia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya  yang dia gunakan untuk berjalan. Andaikata dia meminta sesuatu kepada-Ku pastilah Aku beri, dan andaikata dia memohon perlindungan kepada-Ku pastilah Aku lindungi. "
(Riwayat Bukhari)

Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah berkata :

" Amalan yang paling afdhal ialah melaksanakan amalan yang difardhukan oleh Allah SWT, menjauhi perkara yang diharamkan-Nya dan benarnya niat untuk mendapatkan apa yang ada di sisi Allah SWT semata-mata. "


    Al-Quran dan hadis merupakan sumber rujukan kepada kita....ketahuilah sesungguhnya segala-galanya telah berada di dalam Al-Quran dan Hadis.....Hanya tinggal kita sahaja untuk koreksi apa yang terkandung di dalam Al-Quran.....Kita lihat apa yang berlaku hari ini semuanya telah termaktub di dalam Kitab Allah

 Firman Allah SWT yang bermaksud :

Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhankamu, dan penawar bagi penyakit dalam dada kamu, dan hidayah petunjuk (untuk keselamatan), serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

" Bacalah Al-Quran kerana ia akan memberi syafaat(pertolongan)kepada sesiapa yang membacanya pada hari akhirat kelak. "

Kebahagiaan bergantung kepada sesuatu yang menjadi neraca nilai. Andai syara' diambil sebagai neraca nilai, kebahagiaan anugerah Allah SWT pasti bersama. Kebaikan adalah apa yang syara' tetapkan sebagai baik. Keburukan adalah apa yang syara' tetapkan sebagai buruk. Kehidupan dan interaksi indah dihiasi dengan nilai Islam.

Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Pencipta. Allah Al-Khaliq. Harta adalah ujian. Andai dimanfaatkan ke jalan Islam, Insyaallah ianya adalah amal yang akan menghadirkan cinta Allah SWT. Jika yang sebaliknya berlaku, pasti mengundang kemurkaan dan azab-Nya.

Kita lihat hari ini....kejadian tsunami perlu kita ambil sebagai iktibar kepada kita....Namun manusia hari menyalahkan teknologi yang tidak berfungsi sebaiknya....Ingatlah bahawasanya apa yang terjadi pada hari ini adalah peringatan untuk kita semua daripada Allah kepada Hamba-NYA 

Marilah kita sama-sama menghayati,mentadabbur Al-quran sama-sama dan AMALKAN...........Janganlah kita tinggalkannya walaupun sehari......Biarlah Hati kita di didik dengan Al-quran dan Sunnah..........

Isnin, 14 Februari 2011

MASA???????????

Assalamualaikum W.B.T

Marilah kita merenung sepotong ayat yang bermaksud :
"Demi masa ssgghnye manusia berada dlm kerugian,kecuali org2 yg beriman dan beramal soleh serta saling mnsihati untuk kesabaran"

Ayat ni "famous" di bibir2 kita sebelum menutup sesuatu majlis...Cuba kita renung2kan.... adakah kita sekadar membaca tanpa membaca maksudnye???Atau sekadar baca makna tapa memahaminya atau faham makna dan menghayati tetapi tidak beramal dengannya???

Ramai di kalangan kita merungut tidak cukup masa sehari2...Sebenarnya masa yang Allah beri kepada kita 24jam sehari sudah cukup...Cuma kita perlu pandai mengurus masa dengan bijak...24 jam ni banyak yg boleh kita lakukan...Antaranya,beribadat kepada Allah dan sebagainya....Manusia sering lalai dengan nikmat kurniaan Allah...

Hadis S.A.W... yang bermaksud :
" Dua nikmat yang manusia sering lupa ialah nikmat masa lapang dan nikmat masa sihat.."
  
Marilah kita sama2 melakukan amala2 sunat....Antaranya ialah :

1. Membaca Al-Quran sekurang2nya satu juzuk sehari
2. Solat Dhuha menunjukkan kita bersyukur dengan nikmat yang di berikan oleh Allah...
3.Ma'thurat pagi dan petang
4. Qiamullail


Marilah kita sama-sama menghisab diri kita sejauh mana amalan yang telah kita lakukan sehari-harian samaada beribadat kepada Allah,membaca kitab2 agama,berjuang dengan Agama Allah dan sebagainya.....SUBHANAALLAH!!!!!!Banyak sekali masa di habiskan dengan perkara2 lagho...Ya Allah!!!Ampunkanlah dosa2 hambamu yang hina ini....
Ingatlah kita di taklifkan menjadi khalifah di muka bumi ini untuk beribadat kepada Allah....

Firman Allah S.W.T...
" Aku tidak menjadikan jin dan manusia itu melainkan beribadat kepada Allah..." 

Jagalah masa kita dengan sebaik2nya....
Cuba kita bayangkan,jika kita lewat ke sesuatu mesyuarat @ Usrah......
banyak mana perkara boleh di selesaikan atau dibincangkan....
MArilah kita sama-sama muhasabah diri kita kembali dan seterusya membaiki diri kita kepada yang lbh baik...Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalah...

AYUH BANGKIT MUJIDAH SEKALIAN DARI LENA YANG PANJANG!!!!!!!

Ahad, 21 November 2010

sape kita???????????

 Bismillahirrahmanirrahim....

Hadis SAW:-
Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangan,sekiranya tidak mampu hendaklah ia mengubah dengan lidah,sekiranya tidak mampu juga hendaklah ia mengubah dengan hatinya dan itu adalah selema-lemah iman.....(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

"Dan hendaklah ada sebahagian di kalangan kamu yang menyeru kepada kebaikan,menyuruh berbuat maa'ruf,dan mencegah kemungkaran.Dan merekalah orang-orang yang beruntung.."(Al-Imran:104)

"kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,kamu menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah......."(Al-imran:110)


Ayat-ayat ini sentiasa di bibir kita.ini jelas menunjukkan bahawa wajib kepada kita supaya amar maa'ruf & nahi mungkar.tapi seramai mana yang berani.bila dipersoalkan perkara ini ramai mana yang kate.....
.
" Aku tak perfect lagi untuk tegur orang"
"aku bukan baik sangat nak tegur orang"
"aku tak layak nak tegur orang"

sampai bila????kalau tidak kita siapa lagi....kalau tak sekarang bila lagi......kita sering nasihat kepada orang dalam usrah...Tp sejauh mane kte laksanakan?????
tepuk dada tanya iman!!!!!!sama-samalah kita laksanakan tanggungjawab kita sama-sama...

Ingatlah satu kalam......

       "islah nafsaka wad'u ghoiruka..."

Jangan tunggu sehiggaa kita perfect baru nk tegur orang

                                    sampaikanlah walau satu ayat....

Jadi ni la tanggungjawab kita pada hari ini sebagai daie,sebagai shabab,sebagai mahasiswi islam,sebagai pelajar islam....................................

AYUH BANGKIT MUJAHIDAH SEKALIAN!!!!!!!!!!!!!!