BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 18 Februari 2011

Kepadamu Wanita..Agar Dikau Bahagia..

Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.
Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.

Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.

Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt
Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.

Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.

Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.

Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu.
 
Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.
Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.

Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

- Artikel iluvislam.com

* Sengaja meng"copypaste"kan ia lantaran menyedari diri tidak mampu bermadah seindah kata-kata ini.Ambillah ibrah dari apa yang diperkatakan.Moga mar'ah solehah yang maharnya lebih baik dari dunia dan isinya menjadi milik kita..

Isnin, 14 Februari 2011

MASA???????????

Assalamualaikum W.B.T

Marilah kita merenung sepotong ayat yang bermaksud :
"Demi masa ssgghnye manusia berada dlm kerugian,kecuali org2 yg beriman dan beramal soleh serta saling mnsihati untuk kesabaran"

Ayat ni "famous" di bibir2 kita sebelum menutup sesuatu majlis...Cuba kita renung2kan.... adakah kita sekadar membaca tanpa membaca maksudnye???Atau sekadar baca makna tapa memahaminya atau faham makna dan menghayati tetapi tidak beramal dengannya???

Ramai di kalangan kita merungut tidak cukup masa sehari2...Sebenarnya masa yang Allah beri kepada kita 24jam sehari sudah cukup...Cuma kita perlu pandai mengurus masa dengan bijak...24 jam ni banyak yg boleh kita lakukan...Antaranya,beribadat kepada Allah dan sebagainya....Manusia sering lalai dengan nikmat kurniaan Allah...

Hadis S.A.W... yang bermaksud :
" Dua nikmat yang manusia sering lupa ialah nikmat masa lapang dan nikmat masa sihat.."
  
Marilah kita sama2 melakukan amala2 sunat....Antaranya ialah :

1. Membaca Al-Quran sekurang2nya satu juzuk sehari
2. Solat Dhuha menunjukkan kita bersyukur dengan nikmat yang di berikan oleh Allah...
3.Ma'thurat pagi dan petang
4. Qiamullail


Marilah kita sama-sama menghisab diri kita sejauh mana amalan yang telah kita lakukan sehari-harian samaada beribadat kepada Allah,membaca kitab2 agama,berjuang dengan Agama Allah dan sebagainya.....SUBHANAALLAH!!!!!!Banyak sekali masa di habiskan dengan perkara2 lagho...Ya Allah!!!Ampunkanlah dosa2 hambamu yang hina ini....
Ingatlah kita di taklifkan menjadi khalifah di muka bumi ini untuk beribadat kepada Allah....

Firman Allah S.W.T...
" Aku tidak menjadikan jin dan manusia itu melainkan beribadat kepada Allah..." 

Jagalah masa kita dengan sebaik2nya....
Cuba kita bayangkan,jika kita lewat ke sesuatu mesyuarat @ Usrah......
banyak mana perkara boleh di selesaikan atau dibincangkan....
MArilah kita sama-sama muhasabah diri kita kembali dan seterusya membaiki diri kita kepada yang lbh baik...Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalah...

AYUH BANGKIT MUJIDAH SEKALIAN DARI LENA YANG PANJANG!!!!!!!

Sabtu, 12 Februari 2011

tRaNsFoRmAsi DuNiA IsLaM

Melihat fenomena sekarang,keadaan dunia semakin getir.Kebangkitan umat Islam mula kelihatan terutama di negara-negara Timur Tengah seperti Tunisia,Mesir dan lain-lain.Mereka berjuang sedaya-upaya bagi memastikan negara mereka bebas dari belenggu yang selama ini membelit kehidupan mereka.Mesir contohnya,setelah 30 tahun berada di bawah pemerintahan kuku besi Husni Mubarak,akhirnya rakyat mula menuntut hak mereka.Berjuta rakyat menyertai demonstrasi bagi menumbangkan presiden negara tersebut.Ada juga yang terpaksa membayar dengan harga yang mahal iaitu nyawa mereka bagi memastikan keadilan kembali tertegak di Ardhul Kinanah.Ahh,tinggi sekali semangat juang mereka.Apakah mampu kita menjadi seperti mereka..Mengorbankan diri agar daulah islamiah kembali tertegak.. 

Kita dapat melihat antara golongan yang turut bangkit ialah barisan syabab yang penuh bersemangat..Ya!!Itulah hakikatnya.Mereka yang hampir seusia dengan kita,turut bangkit untuk tanah air tercinta. Bagaimana pula dengan kita sendiri?Sudahkah kita bangkit demi agama tercinta?? 


"Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda beriman kepada Tuhan mereka,dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka" (Al-Kahfi:13)

Aura Islam semakin terasa di seluruh dunia.Semakin hari,manusia semakin celik dengan apa yang mereka perlukan sebenarnya.Moga aura Islam dalam diri kita juga turut bangkit.Bangkit dalam erti kata kita sentiasa mengislah diri agar lebih baik dari sebelumnya.Mengejar keredhaan Allah,menjadi mar'ah solehah yang darjatnya lebih baik dari dunia dan segala isinya.Ambillah bahang semangat mereka,sematkan dalam diri kita supaya kita mampu memanfaatkan masa yang ada sebaiknya.

Syair Abu Ali Addaqaq:

"Hari demi hari berlalu,

Pergi membawa umurku,
Hatiku amat merasai pilu,
Demi masa hari tetap berlalu.."

Ingatlah selalu bahawa masa itu sentiasa pergi.Semakin lama ia semakin jauh meninggalkan kita.

Berkata Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin:

Masa itu terbahagi kepada 3 bahagian,
  
* Masa yang berlalu-seorang hamba jangan mengkeji.Biarpun dalam 
  masa itu dia berada dalam kepayahan atau kesenangan 

* Masa akan datang belum kunjung tiba-Tidak seorang hamba pun 
 tahu,apakah ia akan terus hidup atau akan mati? Tidak seorang
 pun tahu qada' di Allah masa itu!  

* Masa sekarang-perlu manusia berusaha mengingati Allah.. 

 
 

Selasa, 25 Januari 2011

Jom Kita Share Sama Sama- SIRI 2

BERAMAL UNTUK ISLAM

Setelah kita mepunyai kefahaman,maka wajiblah kita beramal dengan Islam.Apa guna memiliki kefahaman andai tidak melakukan sesuatu berlandaskan kefahaman tersebut..

Firman Allah:
"Amat besar kebencian disisi Allah barangsiapa yang mengatakan apa yang tidak dia perbuat"

Juga seperti kata pepatah Arab:

"Ilmu tanpa amal bagai pohon tak berbuah"

Dimulakan dengan amalan fardiyyah,sejauh mana bekalan diri kita.Apakah cukup sekadar melaksanakan apa yang diwajibkan sahaja atau kita menambah 'bonus point' sebagai tanda pengabdian kepada Ilahi.Iaitulah dengan melazimi amalan-amalan sunat.Memetik kata-kata Tuan Guru Nik Aziz,3 perkara utama yang perlu kita lazimi ialah:
* Bacaan Al-Quran
*Solat Sunat Dhuha
*Qiamullail

Beramal dalam erti kata kita memahami Islam itu sebenar-benarnya.Apakah sampai ke tahap sanggup berkorban segala-galanya demi Islam.Berkata Imam Ibnu Taimiyyah:

"Jika aku dipenjara,maka aku boleh berehat.Jika aku dibunuh,maka ia adalah jalan pintasku untuk bertemu Allah,dan jika aku dibuang negeri,maka aku boleh melancong"

to be continue..

Jumaat, 14 Januari 2011

Jom Kita Share Sama Sama- SIRI 1

Tertarik seketika dengan kitab "Wajibus Syabab Muslim Alyaum" karangan Doktor Yusof Qardhawi, ana terfikir untuk sama-sama berkongsi intipati yang dapat diambil dari kutayyib (kitab kecil) ini.

Menyentuh berkenaan kewajipan terhadap pemuda hari ini, amat tepat kiranya kita sebagai syabab penyambung perjuangan para anbiya' untuk meneliti dan menghadam buku ini.Mungkin ada yang masih belum sempat membeleknya,lantas ini merupakan jalan terbaik untuk mengetahui isi kandungannya.

4 kewajipan utama yang perlu digalas oleh pemuda ialah:
  • kefahaman yang soheh
  • beramal dengan Islam
  • berdakwah kepada Islam
  • keterikatan dengan Islam

Apa dia kefahaman yang dimaksudkan??

Iaitulah memahami Islam dengan sebenar-benar kefahaman.Mendalami apa yang terkandung dalam agama yang suci ini.Tidak cukup sekadar beramal tanpa memperhalusi ilmu-ilmu didalamnya.Mengetahui perihal aqidah,hukum-hakam agama,kewajipan melakukan atau meninggalkan sesuatu perkara.

"Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu,dan aku cukupkan bagi kamu nikmatKu,dan Aku redha Islam itu agama kamu"

Pengakuan dari Allah bahawa kesempurnaan agama itu terletak pada Islam.Sekarang,terpulang pada hambaNya sama ada berusaha atau tidak ke arah kesempurnaan tersebut.

"Dan barangsiapa yang mencari selain dari Islam sebagai agama,maka tidak diterima darinya dan dia di akhirat dari orang-orang yang rugi"

Pentingnya kefahaman itu agar kita mampu menjadi pendokong agama yang terbaik,memahami erti perjuangan yang sebenar,bila bertemu onak dan duri,tidak mudah untuk kita futur di pertengahan jalan.

TO BE CONTINUED...