BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 22 November 2010

Warkah RinDu buAt aDik2 teRciNta...

Duhai Adik2ku...
Tetaplah kamu dalam Agama yang satu..
perjuangan yang jitu..,
ketahuilah..,bahawa...,
kami disini merindui kalian,
berat rasanya hati ini meninggalkan kalian,
tapi apakan daya dan kudrat kami,
perjalanan kami menuju jihadNya,
itu yg lebih utama dari segalanya,
kami titipkan rindu dan doa pengganti diri,
moga2 kalian barada di bawah lembayung rahmatNya...

Adik2ku sayang..
kenangan lama seringkali menjengah memori minda,
terkenangkan memori suka dan duka kita bersama,
kami titipkan amanah buat kalian,
Teruskan perjuangan kami yg tertangguh sementara,
doakan kesejahteraan kami di ardhul kinanah ini,
pulang nya kami moga2 membawa..
mutiara2 agungyg berharga,
Demi islam yang terulung dan tercinta...

Duhai adik2 ku..
Basahilah lidahmu dgn zikrullah,
tajdidikan niatmu dihati yg tulus,
sentiasa merenung dan memahami ayat2 cintaNya,
dalami thaqafah perjuanagn kekasihNya..
fahami harakah perjuangan..

Ingatlah sayangku..,,
hidup ini umpama bukit dan gunung,
didaki ia dengan penuh onak dan duri,
dipertengahannya penuh derita dan sengsara,
tetapi..dipuncaknya terbentang segalanya dari yg maha kuasa,
andai di perjalanannya berundur dan terhenti,
lupakan saja ingin capai ke puncaknya,
ujian....mehnah...duka lara...,
mainan perjuangan yg nyata,
capailah mardhotillah menuju cintaNya ya Rabb..,
berbahagialah hingga ke jannah Rahman.......

Salam sayang ukhuwah fillah,
Mutiara2 islam,
Ardhul kinanah,Misr...














Ahad, 21 November 2010

sape kita???????????

 Bismillahirrahmanirrahim....

Hadis SAW:-
Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangan,sekiranya tidak mampu hendaklah ia mengubah dengan lidah,sekiranya tidak mampu juga hendaklah ia mengubah dengan hatinya dan itu adalah selema-lemah iman.....(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

"Dan hendaklah ada sebahagian di kalangan kamu yang menyeru kepada kebaikan,menyuruh berbuat maa'ruf,dan mencegah kemungkaran.Dan merekalah orang-orang yang beruntung.."(Al-Imran:104)

"kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,kamu menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah......."(Al-imran:110)


Ayat-ayat ini sentiasa di bibir kita.ini jelas menunjukkan bahawa wajib kepada kita supaya amar maa'ruf & nahi mungkar.tapi seramai mana yang berani.bila dipersoalkan perkara ini ramai mana yang kate.....
.
" Aku tak perfect lagi untuk tegur orang"
"aku bukan baik sangat nak tegur orang"
"aku tak layak nak tegur orang"

sampai bila????kalau tidak kita siapa lagi....kalau tak sekarang bila lagi......kita sering nasihat kepada orang dalam usrah...Tp sejauh mane kte laksanakan?????
tepuk dada tanya iman!!!!!!sama-samalah kita laksanakan tanggungjawab kita sama-sama...

Ingatlah satu kalam......

       "islah nafsaka wad'u ghoiruka..."

Jangan tunggu sehiggaa kita perfect baru nk tegur orang

                                    sampaikanlah walau satu ayat....

Jadi ni la tanggungjawab kita pada hari ini sebagai daie,sebagai shabab,sebagai mahasiswi islam,sebagai pelajar islam....................................

AYUH BANGKIT MUJAHIDAH SEKALIAN!!!!!!!!!!!!!! 






Isnin, 8 November 2010

di mana nilai agama...

Terkadang,telinga terpaksa menjadi pendengar kepada perkara yang memualkan,mata terpaksa menatap fenomena umat yang semakin mencelarukan,mulut terpaksa berbicara perihal yang memeritkan.

Keruntuhan akhlak!!

Kalau dulu,anak-anak sentiasa dididik dengan adab ketimuran yang tinggi,lebih tepat lagi berlandaskan ajaran Islam itu sendiri..


"Angah,keluar rumah tu pakai tudung ye.Nanti berdosa kalau nampak rambut.."

"Adek,cakap dengan makcik tu elok-elok.Yang muda kan kena hormat yang tua.."

"Em,Ahmad pergi sekolah belajar rajin-rajin tau.Dengar cakap cikgu,jangan nakal,nanti cikgu marah tak berkat ilmu.."

Namun,selaras dengan era moden yang semakin mengkehadapankan barat sebagai role model,agama ditolak ke tepi.Lantas hedonisme mula mengambil tempatnya.Lahirlah pemuda-pemudi yang diselaputi akalnya dengan kelazatan dunia..


 penghinaan terhadap Islam semakin menjadi-jadi

 couple-barah yg amat kritikal



Dimana harus kucari pembela Islam
Dimana dapat kutemui pengimarah dunia
Dimana perlu kugali permata berharga
Ayuh bangkitlah wahai pembela agama 
Binalah kembali tamadun Islam
Teguhkan hati bina perbadi
Gerakkan reformasi 
Berpaksikan agama yang suci
Biar kembali terserlah sinar Islam
Agar muncul semula fatayat terbilang
Serta lahirnya syabab cemerlang
Moga Islam kembali dijulang



"Dan hendaklah ada segolongan daripada kamu yang menyeru kepada kebaikan,menyuruh kepada yang maaruf,dan mencegah daripada kemungkaran.."
 

Rabu, 3 November 2010

sAyap KiRi perJuAngAN

ya Allah...
bersyukur atas segala nikmatMu ya Allah...
ampuni segala dosa noda hambaMu ini...
tHabatkan kami dalam perjuangan menujuMu ya Allah..
ya Rabb..
diciptakan kami dalam golongan sayap kiri perjuanganMu..
bimbinglah hati2 kami menuju redhaMu..
teguhkanlah iMan kami..kuatkanlah Jihad kami..
jAdikanlah kami penyambung dakwah kEKasihMu..

ya Habibi 'Aalamin..
sentiasa hambaMu ini memohon kepadaMu ya Rabb..
kabulkan doa2 kami..
ya Rabbul'izzati...
kerdilnya hambaMu ini dihadapanMu..
sentiasa meminta kepadaMu,tetapi...
banyakkah amalan kami kepaDaMu...
hinanya diRI ini ya Allah..
amPuni dosa2 kami Ya Allah...

ya Habibir rahman..
sebelum jasad terkujur kaku...
sebelum lidah benhenti berbicara..
sebelum nafas sesak di dada..
sebelum kalam syahadah terukir di bibir...
izinkan diri ini...
diwaqafkan ke jalanMu...
menjadi permaisuri seorang mujahid pembela agamaMu..
pendokong kalimah tauhidMu..,,
pembawa risalah kekasihMu,
dan jua...
hambaMu yang terpilih SYAHID di landasan suciMu..

amiiin....



Rabu, 20 Oktober 2010

.:. KaLaM MuRabbI .:.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...


"ISLAM ITU NYAWA JASADKU,
SEMANGAT MEMPERJUANGKANNYA MENGATASI SEGALA SESUATU KEPENTINGAN HIDUPKU...,
TADHIYAHKU UNTUKNYA MENGATASI KESEDIHAN DAN KEPAYAHAN HIDUP..,
SEHINGGA KEPERITAN DAN RINTANGAN BAGAIKAN TIDAK WUJUD...,
BAHKAN MENJADI SANTAPAN IMAN YANG SANGAT LAZAT...,
BERJUANG MEMPERTAHANKANNYA BAGAIKAN MEMELIHARA PERMATA TERCINTA..., TIDAK DAPAT DIBELI WALAUPUN DENGAN SEGUNUNG EMAS.....,
 SETINGGI PUJIAN MAHUPUN PENGHORMATAN...,
SUNGGUH TIDAKKANKU GADAINYA KERANA YANG FANA...,
BAHKAN KECAMAN DAN UGUTAN MANUSIA SANGATKU CINTAI...,
KERANA IA MENAMBAH KEAKRABANKU DENGAN SANG PENCIPTA...,
SUNGGUH RUGI MEREKA YANG LEMAH...,
MENGHARAP REDHA MEREKA YNAG JAHIL....,
SEHINGGA TERGADAI IMAN KERANA KASIH YANG SEDIKIT...,
SEDANG SAYANGNYA ALLAH PADA HAMBANYA YANG MEMBENARKAN JANJINYA....,
MELIMPAH RUAH....,
PENGAMPUNANNYA MEMENUHI ISI LANGIT DAN BUMI...,
NIKMAT TAUFIQ HIDAYAHNYA MENGATASI BANTUAN TANGAN2 MAKHLUK YANG LEMAH.....,"

 Subhanallah....begitu bermakna sekali bait2 kalam yang pernah diungkapkan oleh seorang murabbi...yang menyedarkan kita bahawa....perjuangan islam itu ibarat memegang bara api...jika digenggam ianya sakit....jika dilepaskan ia akan padam....namun...disebalik keperitan,kepayahan dan kesusahan itu...terselit mutiara-mutiara indah dan kenikmatan yang tidak terhingga...yang hanya mampu dirasai oleh hamba-hambaNYa yang senantiasa tidak putus2 bergantung harap padaNYa....untuk mempertahankan kalimah LAILAHAILLALLAH...kerna ia sedar dan yakin pada janji-janjiNYA.....sebagaimana firman Allah S.W.T :


61:10
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

61:11

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Oleh itu wahai sahabiah sekalian..samalah kita menginfakkan diri dan berintima'  didalam perjuangan islam....walaupun kita tidak mampu untuk memikul senjata seperti saudara kita di Palestin.... namun, kita mampu untuk berjihad sama ada melalui mata pena mahupun lisan....



Sedarlah ukhtiku....
Dulu,semalam dan hari ini,
Kau melihat generasi demi generasi menghancurkan kehidupan mereka,
Dengan mengingkari Allah...,
Lalukau tunduk kesedihan dan kebuntuan..,
Kau benar-benar kebingungan dan bertanya....:
"Apa yang harus ku lakukan untuk menebus kelelahan umat ini??
Jawabku..,bukankah kau adalah daie dan mujahid???
Katamu lagi:
Tapi..,langkahku terlalu lambat..,
Jawabku..,kau lambat kerana kau sendiri sibuk dengan urusan duniamu...,
Mengejar impianmu dan lupa akan hari kebangkitan..,
Pada hari itu..,
Amal mu terbentang..,
Tubuhmu terbuka...,
Apakah disana ada bekalmu????"

"Pada akhir zaman,orang-orang yang memegang tali perjuangan itu bagaikan memegang bara api..,
andai terus digenggam hancur luluh jiwanya...,
Namun andai dilepaskan hancurlah dunia...
Jangan takut untuk berjuang kerana orang-orang berjuang ini memang dirintangi ujian...,
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar...,
Kita hidup untuk perjuangan dan mati untuk kehidupan.....SYURGA IMPIAN.....

-IMAM NAWAWI_