BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 21 April 2011

Berbahagialah Sang Ghuraba'





1. Perjuangan Islam bermula dalam keadaan asing atau dagang [gharib]. Berdepan dengan manusia jahiliah yang rendah upaya untuk membezakan antara haq dan bathil. Sistem nilai yang kabur diselaputi fahaman syirik dan kebendaan. Mereka merajakan nafsu dan mempertuhankan aqal. Rasuulul ummah saw. sebagai utusan Allah swt. difitnah, dinista dan dicerca. Risalahnya ditertawa dan menjadi bahan lelucon ummat jahiliah.

2. Islam dibawa untuk menyelamatkan ummah. Risalahnya disasarkan kepada semua kecuali mereka yang tekun dan konsisten memerangi Islam. Slogan yang dibawa oleh Pendakwah Agong saw. ialah [Aslim Taslam] Terima Islam Engkau Selamat. Serendah - serendah pangkat manusia seperti lelaki gasar di padang pasir sehinggalah setinggi - tinggi pangkat manusia seperti raja di istana menjadi sasaran risalah Islam.

3. Islam didokong dan diperjuangkan dengan gigih tanpa peduli pahit getir. Islam digalas dan dipertahankan dengan tabah tanpa peduli susah sukar. Gurun sahara diredah dan lautan luas diharungi demi menyemarakan kebangkitan Islam dan mendaulatkan syariatnya. Sabar membelah masa dan merempuh waktu menanti detik janji Allah ditunaikan. Tidak mengenal erti putus asa dan kecewa.

4. Akhirnya Islam tegak berdaulat dengan bertiangkan aqidah, berdindingkan syariat, berbumbungkan jihad dan berlantaikan akhlak. Bumi diimarahkan dengan peraturan dan manhaj rabbani. Keadilan merata kepada semua tanpa membezakan latar belakang agama, bangsa, kaum dan bahasa lidah. Keamanan dan kesejahteraan dinikmati, bukan sahaja oleh manusia bahkan binatang dan tumbuhan.

5. Namun Nabi saw telah menegaskan : 

بَدَءَ الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بدء فطوبى للغرباء

Telah bermula Islam dalam keadaan asing , kelak ia akan kembali menjadi asing sebagaimana ia bermula. Maka berbahagialah mereka yang asing [tetap bersama Islam].

6. Hari ini Islam kembali ditertawa. Syariat dan syiar Islam dipersenda. Kerja dakwah menjadi bahan lelucon. Dunia kembali menganggap pelik cara kita berjuang dan mengajak ummat manusia kembali kepada Islam dan perjuangannya. Menyeru dan mengajak orang menyertai perjuangan Islam dianggap kerja bodoh sebagaimana tanggapan ummat jahiliah. Firman Allah swt :

  و إذا قيل لهم ءامنوا كما ءامن الناس قالوا أنؤمن كما ءامن السفهاء ألا إنهم هم السفهاء ولكن لا يعلمون

dan apabila diseru kepada mereka , Berimanlah sebagaimana berimannya manusia yang lain. Mereka menjawab : Apakah kami akan beriman sebagaimana berimannya orang - orang yang bodoh. Ketahuilah sesungguhnya merekalah orang - orang yang bodoh akan tetapi mereka tidak mengerti.

Surah al Baqarah : Ayat 13

7. Sungguhpun Islam kembali menjadi asing dan pejuangnya ditertawa dan diperbodohkan, ianya adalah sunnah yang telah dijanjikan kebahagiaannya oleh Rasulullah saw kepada mereka yang tetap gigih berjuang, berjihad dan berdakwah. Biarpun Nabi saw telah sekian lama meninggalkan ummah, namun kesediaan para pejuang menggalas tugas besar untuk menyelamatkan manusia dari neraka Allah adalah tugas berat yang penuh dengan kemuliaan. Istiqamah dan  iltizam bersama kerja - kerja amal Islami biarpun disinis dan disindir tajam, ia adalah ghuraba' yang dijanjikan kebahagiaan oleh Rasulullah saw.


Biarpun seribu manusia sedang mentertawakan gerakkerja Amal Islami yang dilakukan oleh saudara, lalu menganggap dakwah saudara sebagai suatu lelucon dan kebodohan politik, yakin lah saudara sedang menjadi manusia dagang dan asing dengan Islam yang diperjuangkan. Sedang Rasulullah saw pernah menegaskan : Berbahagialah Sang Ghuraba'
 
dipetik dari:
Nasruddin Hassan Tantawi

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Rabu, 23 Mac 2011

bencana 2011-peringatan bagi yang beriman

Alhamdulillah,segala puji dirafa'kan hanya pada yang selayaknya,pemilik alam ini Rabbul Jalil.
Kita renung sejenak firman Allah mafhumnya,

"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka,sedang mereka dalam keadaan lalai(dengan dunia),berpaling (dari akhirat)"- Al-Anbiya':01 

 Tatkala tirai 2011 mula dibuka,dunia ditayangkan dengan pelbagai episod duka.Keamanan yang semakin sukar dikecapi membuatkan hati mula memikirkan usia dunia yang semakin tua,menanti masa untuk menuju penghujungnya.Ayuh kita imbas kembali sepanjang 3 bulan pertama bagi sesi ini...






 RUSUHAN DI TUNISIA


 Peristiwa ini bermula pada Disember 2010 dan menyebabkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali digulingkan pada Januari 2011. Kegiatan tunjuk perasaan dan pergolakan berterusan hingga kini.
Tunjuk perasaan ini tercetus daripada masalah pengangguran, inflasi makanan, korupsi, dan ketiadaan kebebasan bersuara dan kebebasan politik yang lain serta keadaan hidup yang tidak memuaskan. Kegiatan bantah-membantah ini merupakan gelombang pergolakan sosiopolitik yang paling dramatik di Tunisia dalam masa tiga dasawarsa serta menyebabkan ramai warga yang terkorban atau cedera, kebanyakannya akibat tindakan polis dan pasukan keselamatan terhadap para penunjuk perasaan. Rakyat mulai membantah apabila seorang penjaja bernama Mohamed Bouazizi membunuh diri pada 17 Disember, dan menyebabkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali digulingkan pada 14 Januari 2011, apabila beliau meletak jawatan sambil melarikan diri ke Arab Saudi, setelah memegang kekuasaan selama 23 tahun.

RUSUHAN DI MESIR 

Revolusi 25 Januari 2011 memperlihatkan Presiden Mesir,Hosni Mubarak turut menerima nasib sama seperti Ben Ali.Kebangkitan rakyat memaksa beliau berundur setelah memerintah Mesir selama 30 tahun.



RUSUHAN DI YAMAN

 Mengikuti jejak langkah negara-negara jirannya,penduduk Yaman juga turut bangkit menuntut keadilan di tanah air mereka.



 RUSUHAN DI LIBYA


Krisis di Libya bermula dengan semangat yang dikutip dari negara seangkatan mereka.Namun, kedegilan Muammar Gadaffi untuk tetap mempertahankan kuasanya telah membawa kesan yang buruk terhadap negara itu apabila Amerika dan sekutunya mula campur tangan.




 TSUNAMI,GEMPA BUMI & NUKLEAR DI JEPUN

tsunami yang membadai Jepun

 diikuti gempa bumi yang memburukkan lagi keadaan

 



bencana nuklear..

Satu demi satu kerosakan di muka bumi mula diperlihatkan.Berilah inzar pada diri sendiri dan insan sekeliling bahawasanya kita semakin menghampiri penutup kehidupan.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang­-orang yang asing". 
HR muslim

Selasa, 22 Mac 2011

Amal Untuk meraih Cinta Allah SWT

Bismillah,Walhamdulillah........

Hasan Al-Basri rahimahullah berkata:
Para sahabat Nabi SAW berkata: " Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami amat mencintai Allah SWT. " Kemudian Allah SWT mahu menjadikan tanda yang menunjukkan kecintaan kepada-Nya. Dengan itu Allah SWT menurunkan ayat berikut yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mencintai Allah SWT maka ikutilah aku. Nescaya Allah SWT mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Dari Abu Hurairah RA katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Sesungguhnya Allah SWT berfirman: " Barangsiapa memusuhi kekasih-Ku, maka Aku memberitahu kepadanya bahawa dia akan Aku perangi. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang amat Aku cintai lebih daripada apabila dia melakukan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dan melakukan perkara sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah telinganya yang dia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang dia gunakan untuk melihat, Akulah tangannya yang dia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya  yang dia gunakan untuk berjalan. Andaikata dia meminta sesuatu kepada-Ku pastilah Aku beri, dan andaikata dia memohon perlindungan kepada-Ku pastilah Aku lindungi. "
(Riwayat Bukhari)

Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah berkata :

" Amalan yang paling afdhal ialah melaksanakan amalan yang difardhukan oleh Allah SWT, menjauhi perkara yang diharamkan-Nya dan benarnya niat untuk mendapatkan apa yang ada di sisi Allah SWT semata-mata. "


    Al-Quran dan hadis merupakan sumber rujukan kepada kita....ketahuilah sesungguhnya segala-galanya telah berada di dalam Al-Quran dan Hadis.....Hanya tinggal kita sahaja untuk koreksi apa yang terkandung di dalam Al-Quran.....Kita lihat apa yang berlaku hari ini semuanya telah termaktub di dalam Kitab Allah

 Firman Allah SWT yang bermaksud :

Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhankamu, dan penawar bagi penyakit dalam dada kamu, dan hidayah petunjuk (untuk keselamatan), serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

" Bacalah Al-Quran kerana ia akan memberi syafaat(pertolongan)kepada sesiapa yang membacanya pada hari akhirat kelak. "

Kebahagiaan bergantung kepada sesuatu yang menjadi neraca nilai. Andai syara' diambil sebagai neraca nilai, kebahagiaan anugerah Allah SWT pasti bersama. Kebaikan adalah apa yang syara' tetapkan sebagai baik. Keburukan adalah apa yang syara' tetapkan sebagai buruk. Kehidupan dan interaksi indah dihiasi dengan nilai Islam.

Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Pencipta. Allah Al-Khaliq. Harta adalah ujian. Andai dimanfaatkan ke jalan Islam, Insyaallah ianya adalah amal yang akan menghadirkan cinta Allah SWT. Jika yang sebaliknya berlaku, pasti mengundang kemurkaan dan azab-Nya.

Kita lihat hari ini....kejadian tsunami perlu kita ambil sebagai iktibar kepada kita....Namun manusia hari menyalahkan teknologi yang tidak berfungsi sebaiknya....Ingatlah bahawasanya apa yang terjadi pada hari ini adalah peringatan untuk kita semua daripada Allah kepada Hamba-NYA 

Marilah kita sama-sama menghayati,mentadabbur Al-quran sama-sama dan AMALKAN...........Janganlah kita tinggalkannya walaupun sehari......Biarlah Hati kita di didik dengan Al-quran dan Sunnah..........

Khamis, 24 Februari 2011

.::. IkHLaS DaLaM PeRJuanGaN .::.

DenGaN NaMa ALLAH YaNG MAHA PEMURAH LaGi MAHA PENYAYANG

Selawat dan Salam buat junjungan besar NABI MUHAMMAD S.A.W, serta kaum kerabat Baginda, para sahabat dan para pejuang pemegang panji ISLAM.....
Alhamdulillah..pertama2 dan selama2nya..marilh sama2 kita panjatkn Syukur pd ILAHI.. krn rahmat,taufiq dan hidayahNYa...kita  masih lg dberi nafas2 segar..utk trus mngecapi hdup nan sementara di dunia fana ini,.lebih2 lagi kita yang berada dalam saf yang terpilih,yang dberi peluang oleh ALLAH utk menegakkan kalimatul hak,..alhamdulillah....


 Tidak dinafikan, dalam perjuangan kita menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini juga, kita takkan pernah berhenti daripada menerima pelbagai ujian dan cabaran...Syaitan juga takkan pernah berhenti menyelewengkan hati-hati kita daripada kebenaran...Selangkah kita bergerak melalui jalan dakwah ini, bukan bermakna kita sudah dijamin untuk berada di dalam syurgaNya yang abadi. Tak mustahil juga, selangkah kita berada dalam medan ini, beberapa langkah kita mendekati kemurkaanNya, juga nerakaNya. Berapa ramai abid dan daie yang  akhirnya memusnahkan diri mereka sendiri akibat perbuatan mereka. Maka, sebagai insan yang sering alpa dan tidak lari dr melakukan kekhilafan.., marilah kita sama-sama duduk sebentar dan muhasabah diri kita....

  Apakah kita betul2 ikhlas berjuang hanya KERANANYA????
  Apakah kita beriltizam dgn gerakan islam krn kesedaran dan keimanan nan teguh terhadap SANG
  PENCIPTA???

Soalan yang hanya hati kita dan Allah sahaja yang tahu jawapannya. Luaran kita mungkin serupa, adab pergaulan sesama Muslim, adab perpakaian, gaya percakapan dan tulisan, malah ibadah-ibadah harian kita juga mungkin serupa. Cuma yang membezakan darjat kita di sisiNya adalah taqwa dalam hati kita.

Abu Musa al Asy'ari ada menceritakan...
Seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah saw,dia berkata : org yg berperang kerana mahukan harta rampasan,orang yang berperang kerana hanya mahu disebut orang, berperang kerana riya',maka siapakah yang dikira berperang pada jalan Allah?
Sabda Rasulullah SAW : sesiapa yang berperang supaya 'kalimatullah' itu menjadi tinggi,maka dialah yang berperang dijalan Allah...

Siapakah kita????...tepuk dada tanya iman kita... masih belum terlambat untuk kita mentajdidkan nawaitu kita.. masih ada ruang utk kite kembali pada YANG MAHA ESA..Jangan kecewa apabila tersilap langkah..tapi... bersyukurlah…
Kerana sesungguhnya Allah telah menyelamatkan kita dari kelalaian ini...
Sakitnya mengetahui hakikat diri dan amalan yang mungkin rosak akibat niat-niat buruk kita, namun syukurlah masih diberi peluang untuk tersedar kembali dari kesilapan silam.
Sekuarng-kurangnya, sakit dan penyesalan yang dirasakan hari ini, tidak selewat penyesalan di mahsyar kelak.Perjuangan islam mestilah ikhlas dan mempunyai niat yang sebenar kerana Allah,menuntut keredhaaNYA dgn menegakkan agamaNYA sehingga didaulatkan...FiRMan Allah SWT :-

وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفآء ويقيموا الصلوة ويؤتوا الزكوة وذالك دين القيمة
 (Surah ALBayyinah : 5) 
Dan tidaklah diperintahkan kepada mereka melainkan dengan mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus.        

 Maka,marilah selamatkan hati-hati kita, selamatkan amalan-amalan pada umur kita yang berbaki entah berapa minit dan hari jua lagi ini, kita betulkan kembali niat kita....dalam setiap perkara..moga2 Allah menerima segala amal kita..Kunci utamanya, jujur pada diri sendiri. Tiada siapa yang mampu menyelamatkan hati kita melainkan pemiliknya sendiri yang lebih mengetahui kondisi hati masing-masing.

 Sama2 kita belajar membezakan perjuangan dengan iman, juga perjuangan dengan semangat.InsyaAllah...


Ya Allah, selamatkanlah hati-hati kami.
Peliharalah kesucian amal-amal kami.
Lindungi kami daripada amalan yang tidak diterima, ilmu yang tidak bermanfaat, masa yang terbazir dengan sia-sia.
Amin…Wallahuallam...

Jumaat, 18 Februari 2011

Kepadamu Wanita..Agar Dikau Bahagia..

Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.
Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.

Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.

Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt
Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.

Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.

Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.

Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu.
 
Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.
Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.

Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

- Artikel iluvislam.com

* Sengaja meng"copypaste"kan ia lantaran menyedari diri tidak mampu bermadah seindah kata-kata ini.Ambillah ibrah dari apa yang diperkatakan.Moga mar'ah solehah yang maharnya lebih baik dari dunia dan isinya menjadi milik kita..