BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 26 Disember 2010

Islam itu indah

         Alhamdulillah,bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana dengan kudrat dan iradatNya dapat lagi kita mengecapi dan merasai nikmat hidup di samping dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam.
          Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
                     "Sesungguhnya Agama di sisi Allah ialah Islam"
          Allah s.w.t berfirman lagi yang bermaksud; 
                       "Dan barangsiapa memilih yang lain dari Islam sebagai agama maka,(pilihannya itu) tidak diterima oleh Allah dan pada Hari Akhirat dia termasuk ke dalam golongan orang-orang yang rugi".
Ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa Agama di sisi Allah hanyalah Islam dan sesiapa yang memilih selain darinya maka termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.Kita semua cukup bertuah kerana lahirnya kita di atas muka bumi ini bertitlekan Islam.Namun,sejauh manakah penghayatan dan pengamalan kita sebagai orang yang menganut Islam?Islam itu bukanlah sekadar mengucap dua kalimah syahadah semata-mata bahkan lebih daripada itu.Pengertian Islam itu sendiri sebenarnya memberi banyak makna dan di antara salah satu yang dikemukakan oleh ulama'-ulama' berdasarkan Al-quran dan As-sunnah adalah;-
          Islam beerti tunduk dan menyerah diri kepada Allah s.w.t serta mentaatiNya yang lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa kerana ketundukan yang seperti itu tanpa perhitungan pahala dan dosa.
         Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
                   "Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepadaNya menyerah diri segala apa yang ada di langit dan bumi,baik dengan suka mahupun terpaksa dan kapada Allah mereka dikembalikan"
Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,
      Apabila kita benar-benar mengaku bahawa diri kita ini islam,maka segala tindak-tanduk kita sama ada percakapan mahupun perbuatan mestilah berlandaskan syariat Islam.Kita seharusnya meletakkan kepentingan Islam itu yang utama melebihi kepentingan yang lain kerana hidup dan mati kita hanyalah untuk Islam.Jadikanlah dunia ini sebagai tempat untuk kita mengorbankan jiwa dan harta kita ke jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.Ingatlah bahawa dalam dunia ini terdapat tiga golongan manusia.

i) Golongan yang hidup untuk dunia sahaja
       Golongan ini hanya tertumpu kepada kebendaan(materialis) semata-mata
ii)Golongan yang sesat antara dunia dan akhirat
        Golongan ini walaupun percaya pada Allah dan Hari Akhirat,namun aqidah mereka tidak lebih dari gambaran palsu yang terpisah dan terputus dari realiti kehidupan
iii)Golongan yang menganggap Dunia ini adalah ladang tanaman untuk di akhirat
         Mereka inilah golongan yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t kerana menginsafi nilai dunia jika dibandingkan dengan Akhirat.
          Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
                             "Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main dan senda gurau dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.Apakah kamu tidak berfikir".
       Untuk itu,marilah kita sama-sama menilai semula diri kita ini sama ada kita tergolong dalam golongan yang ke-3 ataupun sebaliknya.Ingatlah, sesungguhnya hakikat kehidupan di dunia ini hanyalah sementara manakala akhirat itu kekal abadi.Manfaatkanlah masa yang ada dengan sebaik-baiknya dengan melakukan amal ibadat serta gerak kerja Islam selagi mana kita diberi peluang melakukan hal sedemikian sebelum mata kita terpejam untuk selama-lamanya.
        Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
                    "Ingatlah selalu perkara yang menamatkan kelazatan dan menceraikan golongan-golongan(yakni kematian)"


                                                   .............Wallahua'lam............. 

  

 

Selasa, 21 Disember 2010

ibrah dari alam

Satu ketika,seorang petani pulang dengan membawa buah tembikai yang dibelinya di sebuah gerai.Isterinya kelihatan tersenyum lebar melihat suaminya membawa pulang buah yang amat diinginkan.Lantas,dia segera merasai keenakan buah tersebut.Namun,riak wajahnya berubah tatkala menjamah tembikai tersebut..

"Kenapa?"
"Apa ni bang,tak manis pun buah ni.Nampak je sedap.."

Suaminya mendiamkan diri agak lama.Kemudian,dia menyoal isterinya kembali..

"Kamu rasa saya nak beli buah yang sedap ke,yang tak sedap?"
"Em,mestilah yang sedap.."
"Kamu rasa penjual tu nak jual buah yang sedap ke yang tak sedap?"
"Apa pulak tanya macam tu.Mestilah nak jual yang elok kat orang"
"Habis tu,kamu tahu tak sape yang buat buah ni?"

Isterinya terdiam,lantas terbit penyesalan yang tidak terhingga.Tanpa sedar,dia telah menyalahkan Sang Pencipta yang membuat segalanya.

Sengaja diimbas cerita ini,walhal ia tidaklah asing lagi bagi kita semua..

Ringkas,tetapi amat memberi erti.Dalam tidak sedar,kita seringkali menyalahkan takdir apabila sesuatu berlaku berlawanan dengan kehendak diri.Teringat kisah Rabiatul Adawiah,tatkala dia diculik,masih mampu tersenyum tenang.Ketika menjadi hamba kepada majikan yang kejam,munajat sentiasa mengiringinya.Dikaitkan dirinya dengan peristiwa Rasulullah ke Thaif sebagai satu motivasi.Bukan madu yang diterima,bahkan batu pula yang menghujani baginda.Lantas,ketika tumit baginda berdarah,baginda berdoa maksudnya,

 "Wahai Tuhanku,selagi mana murkaMu tiada pada diriku,maka tidak kupeduli segala ujian dan derita ini kerana kelak aku tahu pertolonganMu lebih luas lagi untukku.Aku bernaung di bawah nur daripadaMu yang bersinar terang menerangi tujuh petala langit dan sisi yang gelap.Aku memohon perlindungan daripada murka dan benciMu,namun Engkaulah yang selayaknya murka,dan padaku tiada daya serta upaya bahkan tiada jua kekuatan melainkan ihsan daripadaMu.."

Nah,betapa hebatnya insan agung.Sentiasa merendah diri kepada Rabbul Jalil.Justeru,usah dilihat mehnah itu suatu perkara yang menyiksakan.Dan,jangan cepat melatah dengan ujian yang hadir.Terkadang,kita mengharapkan sesuatu itu terkabul,tanpa disedari,ia terhalang dengan kurangnya taqarrub kita pada Allah. Terkadang,sesuatu itu hadir tanpa kita duga.Sakit dan memeritkan.Namun,mengertilah bahawa ketetapan Allah itu adalah yang terbaik.

bila KEKUATAN yang dipohon
Allah beri rintangan untuk dihadapi
bila KEBIJAKSANAAN yang diinginkan
Allah beri masalah untuk diselesaikan
bila KASIH ALLAH yang dipinta
Allah beri dugaan untuk dilalui
semuanya kerana Allah sudah mengaturkan 
yang terbaik buat hambaNya

"Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu..."

Rabu, 8 Disember 2010

lembaran 1432Hijrah..

 Kedengaran doa-doa mula bergema di surau serta masjid di serata dunia.Tahun 1432H mula melabuhkan tirainya.Terasa seolah-olah baru semalam tangan menyelak tabir 1431H.Pelbagai memori tercipta, suka duka bersimpang siur memenuhi episod kehidupan.Menerobos kembali lembaran semalam,aku berteleku mengingati kejahilan diri.Merenung amalan yang sedikit cuma,malu mula menguasai diri.Ke mana pergi masa yang Dia berikan?Apa sumbangan yang telah kuberikan terhadap Islam?Sudahkah aku menginfaqkan seluruh jiwa raga untuk agama tercinta?

"Wahai orang2 yang beriman,mahukah Aku tunjukkan pada kamu satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?.."

 "Sesungguhnya Allah membeli dari orang2 mukmin jiwa2 dan harta2 mereka dengan balasan syurga.."

 Hebatnya jual beli Allah,tiada terbanding dengan perniagaan dunia.Tanpa tipu daya,hanya penyerahan diri secara total sahaja yang diinginkan,lantas diberi ganjaran yang diidamkan manusia..

 Insan mana yang tidak mengidamkan ganjaran penuh lumayan itu..Namun,ramai yang terpedaya dengan nikmat dunia yang sementara,diketepikan tebusan akhirat dek terleka dengan apa yang ada di depan mata..


 Masih belum terlambat untuk kita koreksi kembali sejauh mana amalan kita sebelum ini.Apakah bibir sentiasa dihiasi dengan kalimah zikrullah?Apakah hati sentiasa terarah ke arah Islam?Apakah diri merintih menginsafi kealpaan sendiri?


 Ayuh kita imbas lagi,bagaimana pula istimrar kita dengan perjuangan.Apakah semakin jitu atau masih di takuk lama?Apakah minda sentiasa berputar memikirkan masalah umat?Apakah sudah diinfaqkan diri demi sebuah perjuangan?


 Memang mudah melafazkan kata,namun bukan senang untuk melaksanakannya..Teringat kembali perbualan bersama sahabat yang amat membekas di jiwa.


"Em,boleh tak cerita sket apa yang nti faham dengan pinggiran dakwah?"
"Pinggiran dakwah?? err,kat tepi jalan dakwah kot"
"Betol tak?"
".Maksudnya kita ni belum benar-benar berada di atas landasan perjuangan yang sebenarnya.."

 Lantas beliau mengaitkan dengan pembacaannya..

  "Di antara mereka ada yang menyangka bahawa perintah-perintah Islam
itu gugur dari pundak mereka kalau mereka sudah menulis buku tentang Islam,
atau menulis artikel yang dimuatkan dalam surat khabar atau majalah, atau
menyampaikan khutbah yang jitu di masjid, atau mengisi pengajian tetap Ada
pula yang menyangka bahawa puncak kemuliaan dan kedudukan yang dicitacitakan
ialah terdaftar namanya sebagai pengurus yang aktif dalam sesuatu
jama’ah Islam dan nampak kegiatannya menghadiri program-program yang
bertujuan memajukan jama’ah itu....!
"- dipetik dari buku Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam 

Mungkin sahaja kita tertipu dengan diri sendiri.Merasa sudah banyak yang disumbangkan untuk Islam,padahal semuanya palsu belaka.Terasa masa dan tenaga sentiasa seiring dengan perjuangan,hakiktnya tiada satu pun yang dinilai disisi Allah.Na'uzubillahi min zalik..

 Hakikatnya,bukan mudah menjadi pejuang yang benar-benar berjuang.Ada yang rebah sebelum melangkah,ada yang tersungkur lantas futur,dan ada juga yang mampu berjuang hingga nyawa berada di hujung usia.. 



“Mereka bejuang untuk menegakkan agama Allah; akhimya mereka membunuh musuh
kemudian terbunuh itulah janji Tuhan yang benar, yang telah termaktub dalam Taurat,
Injil dan Qur-an. Dan tidak ada siapa pun yang lebih sempurna menepati janjinya dari
Allah. Oleh sebab itu bergembiralah kamu dengan perdaganganmu yang telah kamu
iqrarkan. Dan itulah dia, kemenangan yang besar.”
(Surah Al-Taubah: Ayat 111)

  Ayuh kita ayunkan langkah menjejakkan kaki ke daerah 1432H dengan tekad yang satu- DEMI ISLAM YANG TERCINTA- Kutiplah yang telah berlalu sebagai pedoman dan panduan demi menghadapi masa hadapan..




درشحوك لامرلوفطنت له، فاربابنفسك ان ترعىمع الهمل.
Sesungguhnya anda sudah dicalonkan untuk tugas itu....
Jika anda telah mengerti hal itu....,
Maka anda perlu mempersiapkan diri....,
Agar jangan sampai tejadi...,
Anda dikenang orang di samping kegagalan
  -FATHI YAKAN-

Sabtu, 27 November 2010

SuNnah PerJuanGan

Kesabaran seseorang muslimah dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternilai bagi setiap muslim dan muslimah. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan.


Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum Muslimin dan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga
dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.


Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk
menerima ujian yang cukup getir. beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W yaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah.

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akihirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah,tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya
keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan perintah islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar telah dapat merasakan perubahan yang terjadi dalam diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahwa
hambanya meniggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.w. Beliau mengancam sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anaknya perempuannya hidup-hidup karena malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian
Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. Maka, teruslah Umar menyiksa Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama
asalnya dan meninggalkan Islam. Berbagai siksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, gertakan, tendangan dijemur di tengah-tengah panas terik adalah hal biasa dalam kehidupan Zinnirah. Semuanya dihadapi
dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Puncak penyiksaan terhadap Zinnirah ialah ketika matanya ditusk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.

"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan
ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak.
Perjuangan ini memang berat, selalu menderita dan
sengsara karena aku sadar untuk mendapat syurga. aku
terpaksa mengarungi ujian berat, sedangkan neraka itu
dipagari oleh berbagai kesenangan."

Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Berbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta karena dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mengatakan itu karena Zinnirah
mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan karena tuhan mereka, sebaliknya ini adalahperbuatan Umar dan Allah menetapkan ini terjadi.Walaupun diuji dengan segala bentuk, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karunia kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karunia Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. hatinya dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

Bismillahirahmanirrahim...
Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,,Tuhan Semesta Alam...
Alhamdulillah...kerna kita masih dihidupkan hingga saat ini...untuk kita kembali bertaubat kepadaNya diatas dosa2 yang telah kita lakukan...untuk kita sama2 memuhasabahkan diri kita...supaya kehidupan kita selepas ini akan menjadi lebih bermakna...agar setiap langkah kita selepas ini adlah langkah2 yang dipimpin dan diredhai Allah S.W.T...Sepertimana kata Syed Qutb,..:


"KEHIDUPAN INI BUKANLAH UNTUK DIRI KITA SEMATA-MATA,
KERNA KEHIDUPAN ITU SINGKAT LAGI MELALAIKAN,
APA YANG PERLU DILAKUKAN PADA USIA YANG TERBATAS INI,
IALAH BUAT SESUATU UNTUK DITINGGALKAN BUAT GENERASI AKAN DATANG,
APABILA KITA HIDUP DENGAN PEMIKIRAN YANG MATANG,
MAKA KEHIDUPAN AKAN BERMAKNA DAN BERKESAN..."

Sahabiah sekalian...diatas,ana paparkan kisah seorang serikandi Islam...yang sudah anda ma'ruf akan kisahnya...namun pernahkah kita menjadikan sirah2 ini sebagai suatu teladan dan dorongan buat kita yang mengaku sebagai hamba Allah dan sebagai khalifahNya....


Jika kita lihat,bagaimana tabahnya hati seorang muslimah...yang sanggup menggadaikan dirinya untuk perjuangan Islam...subhanallah...betapa yakin nya Zinnirah akan janji2 Allah S.W.T....betapa tingginya kebergantungan beliau kepada Allah Azzawajala...subhanallah...hebatnya ujian yang beliau hadapi....Allahuakbar..

Sahabiah sekalian...
Sudah sunnah orang berjuang hidup dalam ujian....kerana apa???kerana Allah berfirman:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan “kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang–orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.”
(al-ankabut:2-3)

Sahabiah sekalian, ujian yang kita alami sekarang hanyalah senipis kulit bawang..jika hendak dibandingkan dengan para sahabat Nabi yang terdahulu...kita mudah berputus asa dengan dugaan yang kunjung tiba...sedangkan kita tahu bahawa segala ujian itu adalah suatu wasilah dari Allah untuk menguji keimanan kita..namun kenapa sahbat......kenapa kita mudah mengalah...kenapa tidak, kita mengadu padaNya atas kedhoifan kita...sebagaimana rintihan Zinnirah pada Allah Yang Maha Mendengar Rintihan hamba2NYA...

Sahbat...kita sudah terpilih...terpilih untuk hidup dlm biah islam...lebih2 lagi kita sudah terpilih untuk berada dlm saff perjuanagn islam...jadi sahabat...adakah wajar untuk kita mengingkari segala tuntutanNYa...setelah bermacam2 nikmt yg dikurniakNya???Setelah DIA memberi ruang kepada kita untuk mengenali,memahami dan mengamali agamaNYA...setelah DIA membuka peluang untuk kita sebaris bersama ansorullah...tidak rugikah kita jikalau kita menjauhkan diri dari medan perjuangan ini...tidak rasa bersalah kita jika tiada sekelumitpun sumbangan kita untuk islam,agamaNya..sedangkan kita menumpang dibumiNya ini...???Sama2 kita koreksi diri kita sahbat...masih ade waktu utnuk kita kembali kepadaNya..masih ad mase untuk kita bekerja untuk islam...untuk menegakkan daulah islamiyyah...

Yakinlah sahabat akan janjinya....dekatilahNya agar hati kita tenang dalam pemeliharaanNya....sujudlah padaNya agar kita sentiasa dibawah payung rahmatNya....

Sahabat....terimalah segala ketentuan Allah dengan ikhlas dan redha...kerana disetiap perkara yang Allah kurniakan itu pasti ada hikmahnya...sama ada waktu itu atau akan datang..yang pasti...selalulah berhusnul zon dengan Allah S.W.T..kerna DIAlah yang Menciptakan kita dan hati kita...oleh sebab itu DIA lah yang MAHA MENGETAHUI perkara yang terbaik untuk kita......

dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(al-baqarah:216)

Sahabiah sekalian..sama2lah kita jadikanlah sirah2 serikandi islam sebagai suatu dorongan dan semangat untuk kita sama2 menyampaikan islam...untuk kita sama2 mempertahankan kalimah LAILAHAILLALLAh...MUHAMMADURRASULULLAH....InsyaAllah...

Sandarkanlah sepenuh pengharapan kepada Allah S.W.T...kerna dialah sebaik2 penolong ....


Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
(al-baqarah:45)
 




Duhai Sahabat,,,
SUSAH itu TARBIYAH,
SABAR itu INDAH..
TANGGUNGJAWAB itu AMANAH,
KERJA itu IBADAH..
Teruskan perjuangn sbg KHALIFAH,
M0ga dlm genggaman NAJAH... 


------wallahuallam----