BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 8 Disember 2010

lembaran 1432Hijrah..

 Kedengaran doa-doa mula bergema di surau serta masjid di serata dunia.Tahun 1432H mula melabuhkan tirainya.Terasa seolah-olah baru semalam tangan menyelak tabir 1431H.Pelbagai memori tercipta, suka duka bersimpang siur memenuhi episod kehidupan.Menerobos kembali lembaran semalam,aku berteleku mengingati kejahilan diri.Merenung amalan yang sedikit cuma,malu mula menguasai diri.Ke mana pergi masa yang Dia berikan?Apa sumbangan yang telah kuberikan terhadap Islam?Sudahkah aku menginfaqkan seluruh jiwa raga untuk agama tercinta?

"Wahai orang2 yang beriman,mahukah Aku tunjukkan pada kamu satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?.."

 "Sesungguhnya Allah membeli dari orang2 mukmin jiwa2 dan harta2 mereka dengan balasan syurga.."

 Hebatnya jual beli Allah,tiada terbanding dengan perniagaan dunia.Tanpa tipu daya,hanya penyerahan diri secara total sahaja yang diinginkan,lantas diberi ganjaran yang diidamkan manusia..

 Insan mana yang tidak mengidamkan ganjaran penuh lumayan itu..Namun,ramai yang terpedaya dengan nikmat dunia yang sementara,diketepikan tebusan akhirat dek terleka dengan apa yang ada di depan mata..


 Masih belum terlambat untuk kita koreksi kembali sejauh mana amalan kita sebelum ini.Apakah bibir sentiasa dihiasi dengan kalimah zikrullah?Apakah hati sentiasa terarah ke arah Islam?Apakah diri merintih menginsafi kealpaan sendiri?


 Ayuh kita imbas lagi,bagaimana pula istimrar kita dengan perjuangan.Apakah semakin jitu atau masih di takuk lama?Apakah minda sentiasa berputar memikirkan masalah umat?Apakah sudah diinfaqkan diri demi sebuah perjuangan?


 Memang mudah melafazkan kata,namun bukan senang untuk melaksanakannya..Teringat kembali perbualan bersama sahabat yang amat membekas di jiwa.


"Em,boleh tak cerita sket apa yang nti faham dengan pinggiran dakwah?"
"Pinggiran dakwah?? err,kat tepi jalan dakwah kot"
"Betol tak?"
".Maksudnya kita ni belum benar-benar berada di atas landasan perjuangan yang sebenarnya.."

 Lantas beliau mengaitkan dengan pembacaannya..

  "Di antara mereka ada yang menyangka bahawa perintah-perintah Islam
itu gugur dari pundak mereka kalau mereka sudah menulis buku tentang Islam,
atau menulis artikel yang dimuatkan dalam surat khabar atau majalah, atau
menyampaikan khutbah yang jitu di masjid, atau mengisi pengajian tetap Ada
pula yang menyangka bahawa puncak kemuliaan dan kedudukan yang dicitacitakan
ialah terdaftar namanya sebagai pengurus yang aktif dalam sesuatu
jama’ah Islam dan nampak kegiatannya menghadiri program-program yang
bertujuan memajukan jama’ah itu....!
"- dipetik dari buku Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam 

Mungkin sahaja kita tertipu dengan diri sendiri.Merasa sudah banyak yang disumbangkan untuk Islam,padahal semuanya palsu belaka.Terasa masa dan tenaga sentiasa seiring dengan perjuangan,hakiktnya tiada satu pun yang dinilai disisi Allah.Na'uzubillahi min zalik..

 Hakikatnya,bukan mudah menjadi pejuang yang benar-benar berjuang.Ada yang rebah sebelum melangkah,ada yang tersungkur lantas futur,dan ada juga yang mampu berjuang hingga nyawa berada di hujung usia.. 



“Mereka bejuang untuk menegakkan agama Allah; akhimya mereka membunuh musuh
kemudian terbunuh itulah janji Tuhan yang benar, yang telah termaktub dalam Taurat,
Injil dan Qur-an. Dan tidak ada siapa pun yang lebih sempurna menepati janjinya dari
Allah. Oleh sebab itu bergembiralah kamu dengan perdaganganmu yang telah kamu
iqrarkan. Dan itulah dia, kemenangan yang besar.”
(Surah Al-Taubah: Ayat 111)

  Ayuh kita ayunkan langkah menjejakkan kaki ke daerah 1432H dengan tekad yang satu- DEMI ISLAM YANG TERCINTA- Kutiplah yang telah berlalu sebagai pedoman dan panduan demi menghadapi masa hadapan..




درشحوك لامرلوفطنت له، فاربابنفسك ان ترعىمع الهمل.
Sesungguhnya anda sudah dicalonkan untuk tugas itu....
Jika anda telah mengerti hal itu....,
Maka anda perlu mempersiapkan diri....,
Agar jangan sampai tejadi...,
Anda dikenang orang di samping kegagalan
  -FATHI YAKAN-

0 ulasan: