Alhamdulillah,bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana dengan kudrat dan iradatNya dapat lagi kita mengecapi dan merasai nikmat hidup di samping dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
"Sesungguhnya Agama di sisi Allah ialah Islam"
Allah s.w.t berfirman lagi yang bermaksud;
"Dan barangsiapa memilih yang lain dari Islam sebagai agama maka,(pilihannya itu) tidak diterima oleh Allah dan pada Hari Akhirat dia termasuk ke dalam golongan orang-orang yang rugi".
Ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa Agama di sisi Allah hanyalah Islam dan sesiapa yang memilih selain darinya maka termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.Kita semua cukup bertuah kerana lahirnya kita di atas muka bumi ini bertitlekan Islam.Namun,sejauh manakah penghayatan dan pengamalan kita sebagai orang yang menganut Islam?Islam itu bukanlah sekadar mengucap dua kalimah syahadah semata-mata bahkan lebih daripada itu.Pengertian Islam itu sendiri sebenarnya memberi banyak makna dan di antara salah satu yang dikemukakan oleh ulama'-ulama' berdasarkan Al-quran dan As-sunnah adalah;-
Islam beerti tunduk dan menyerah diri kepada Allah s.w.t serta mentaatiNya yang lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa kerana ketundukan yang seperti itu tanpa perhitungan pahala dan dosa.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
"Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepadaNya menyerah diri segala apa yang ada di langit dan bumi,baik dengan suka mahupun terpaksa dan kapada Allah mereka dikembalikan"
Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,
Apabila kita benar-benar mengaku bahawa diri kita ini islam,maka segala tindak-tanduk kita sama ada percakapan mahupun perbuatan mestilah berlandaskan syariat Islam.Kita seharusnya meletakkan kepentingan Islam itu yang utama melebihi kepentingan yang lain kerana hidup dan mati kita hanyalah untuk Islam.Jadikanlah dunia ini sebagai tempat untuk kita mengorbankan jiwa dan harta kita ke jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.Ingatlah bahawa dalam dunia ini terdapat tiga golongan manusia.
ii)Golongan yang sesat antara dunia dan akhirat
Golongan ini walaupun percaya pada Allah dan Hari Akhirat,namun aqidah mereka tidak lebih dari gambaran palsu yang terpisah dan terputus dari realiti kehidupan
iii)Golongan yang menganggap Dunia ini adalah ladang tanaman untuk di akhirat
Mereka inilah golongan yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t kerana menginsafi nilai dunia jika dibandingkan dengan Akhirat.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
"Ingatlah selalu perkara yang menamatkan kelazatan dan menceraikan golongan-golongan(yakni kematian)"
.............Wallahua'lam.............
0 ulasan:
Catat Ulasan