BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 21 Disember 2010

ibrah dari alam

Satu ketika,seorang petani pulang dengan membawa buah tembikai yang dibelinya di sebuah gerai.Isterinya kelihatan tersenyum lebar melihat suaminya membawa pulang buah yang amat diinginkan.Lantas,dia segera merasai keenakan buah tersebut.Namun,riak wajahnya berubah tatkala menjamah tembikai tersebut..

"Kenapa?"
"Apa ni bang,tak manis pun buah ni.Nampak je sedap.."

Suaminya mendiamkan diri agak lama.Kemudian,dia menyoal isterinya kembali..

"Kamu rasa saya nak beli buah yang sedap ke,yang tak sedap?"
"Em,mestilah yang sedap.."
"Kamu rasa penjual tu nak jual buah yang sedap ke yang tak sedap?"
"Apa pulak tanya macam tu.Mestilah nak jual yang elok kat orang"
"Habis tu,kamu tahu tak sape yang buat buah ni?"

Isterinya terdiam,lantas terbit penyesalan yang tidak terhingga.Tanpa sedar,dia telah menyalahkan Sang Pencipta yang membuat segalanya.

Sengaja diimbas cerita ini,walhal ia tidaklah asing lagi bagi kita semua..

Ringkas,tetapi amat memberi erti.Dalam tidak sedar,kita seringkali menyalahkan takdir apabila sesuatu berlaku berlawanan dengan kehendak diri.Teringat kisah Rabiatul Adawiah,tatkala dia diculik,masih mampu tersenyum tenang.Ketika menjadi hamba kepada majikan yang kejam,munajat sentiasa mengiringinya.Dikaitkan dirinya dengan peristiwa Rasulullah ke Thaif sebagai satu motivasi.Bukan madu yang diterima,bahkan batu pula yang menghujani baginda.Lantas,ketika tumit baginda berdarah,baginda berdoa maksudnya,

 "Wahai Tuhanku,selagi mana murkaMu tiada pada diriku,maka tidak kupeduli segala ujian dan derita ini kerana kelak aku tahu pertolonganMu lebih luas lagi untukku.Aku bernaung di bawah nur daripadaMu yang bersinar terang menerangi tujuh petala langit dan sisi yang gelap.Aku memohon perlindungan daripada murka dan benciMu,namun Engkaulah yang selayaknya murka,dan padaku tiada daya serta upaya bahkan tiada jua kekuatan melainkan ihsan daripadaMu.."

Nah,betapa hebatnya insan agung.Sentiasa merendah diri kepada Rabbul Jalil.Justeru,usah dilihat mehnah itu suatu perkara yang menyiksakan.Dan,jangan cepat melatah dengan ujian yang hadir.Terkadang,kita mengharapkan sesuatu itu terkabul,tanpa disedari,ia terhalang dengan kurangnya taqarrub kita pada Allah. Terkadang,sesuatu itu hadir tanpa kita duga.Sakit dan memeritkan.Namun,mengertilah bahawa ketetapan Allah itu adalah yang terbaik.

bila KEKUATAN yang dipohon
Allah beri rintangan untuk dihadapi
bila KEBIJAKSANAAN yang diinginkan
Allah beri masalah untuk diselesaikan
bila KASIH ALLAH yang dipinta
Allah beri dugaan untuk dilalui
semuanya kerana Allah sudah mengaturkan 
yang terbaik buat hambaNya

"Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu..."

0 ulasan: